by

Tugasan 1

  1. Bentuk kumpulan yang terdiri daripada 6-7 orang ahli (50 orang dibahagi 8 untuk membentuk 8 kumpulan
  2. Kumpulan 1 dan 2 akan menulis Laporan Akademik dan membentangkan Topik 1, Kumpulan 3 dan 4 bagi Topik 2, Kumpulan 5-6 bagi Topik 4, dan Kumpulan 7-8 bagi Topik 4
  3. Laporan akademik (siap dengan sitasi dan rujukan) dibuat secara berkumpulan mengikut isi yang disertakan di dalam slides yang diberikan
  4. Kepanjangan Laporan sekitar 20-25 halaman (TNR 12, 1.15 spacing)
  5. Selain Laporan, Tugasan 1 juga menuntut setiap kumpulan untuk menyediakan 10 soalan MCQ/Objektif berkaitan Topik masing-masing
  6. Selain itu, setiap kumpulan perlu menyediakan satu slide Peta Minda sebagai ringkasan kepada Topik masing-masing

Pembentangan 1

  1. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu Video Dokumentari berkaitan Topik masing-masing (siap dengan audio, grafik dan sari kata)
  2. Durasi Video 7-10 minit sahaja
  3. Setiap kumpulan akan diperuntukkan sekitar 20 minit sahaja bagi setiap pembentangan
  4. Pembentangan akan dibuat semasa Kuliah 3 (16 Ogos 2026)

TUGASAN 1 (10%): Laporan Topikal Kuliah

A. Pembahagian Kumpulan

Dua kumpulan akan bergabung untuk menyiapkan Tugasan 1.

Topik Kumpulan
Topik 1: Falsafah HAKAM Kumpulan 1 & 2
Topik 2: Sejarah HAKAM Kumpulan 3 & 4
Topik 3: HAKAM Antarabangsa Kumpulan 5 & 6
Topik 4: HAKAM di Malaysia Kumpulan 7 & 8

B. Keperluan Tugasan

1. Laporan Akademik

  • Berdasarkan slaid PowerPoint Kandungan Kursus (disediakan oleh pensyarah) dan nota tambahan (disediakan oleh ahli kumpulan).
  • Mengandungi huraian yang mendalam serta rujukan tambahan.
  • Dibahagikan kepada tiga bahagian, dengan setiap bahagian disediakan oleh seorang ahli kumpulan.
  • Setiap bahagian hendaklah saling berkait dan membentuk satu artikel yang lengkap.
  • Panjang laporan sekitar 30 halaman.
  • Boleh disertakan gambar atau kata-kata hikmah sebagai sokongan.
  • Disediakan mengikut Gaya UKM, dengan penekanan kepada sitasi dan rujukan.
  • Elakkan sebarang bentuk plagiarisme.

PEMBENTANGAN 1 (15%): Berdasarkan Laporan Topikal Kuliah

Keperluan Pembentangan

  • Sediakan video dokumentari berdurasi 7–10 minit.
  • Terapkan elemen kreativiti dalam penghasilan video dokumentari.
  • Masukkan elemen audio dan visual yang menarik.
  • Bersedia untuk sesi soal jawab selepas pembentangan.
  • Tempoh keseluruhan pembentangan ialah 30 minit.
  • Muat naik pautan (link) video ke UKMFolio dalam format Microsoft Word (.docx) dan PDF (.pdf) oleh setiap ahli kumpulan, sebelum 29 November 2025.

Kaedah Pembentangan

  1. MC memperkenalkan ahli kumpulan dan tajuk pembentangan.
  2. Tayangan video dokumentari.
  3. Pembentangan ringkasan tajuk.
  4. Sesi soal jawab.
  5. Kuiz.

3.MOHAMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI — A214576 1.VEENISKARAN A/L S GUNALAN — A213683 (Adam)
2.MUHAMMAD ARIFFIN BIN ZULKIFLI — A214418
4.MUHAMMAD HAFIS BIN ABDINAL — A213681
5.⁠ ⁠AHMAD HILMI BIN AHMAD SHARIFUDDIN — AA89717

LMCR2152 Hak Asasi Manusia

nasrudin@ukm.edu.my @ 0124737515

Panduan Umum Penulisan Laporan Tugasan

A. Garis Panduan Umum

  1. Tugasan disediakan secara berkumpulan (Laporan Tugasan Berkumpulan).

  2. Kajian berbentuk kualitatif, seperti:

    • Temu bual
    • Analisis dokumen (artikel, buku)
    • Analisis wacana
    • Penyertaan
    • Pemerhatian
  3. Tajuk hendaklah berkisar tentang falsafah dan isu ketamadunan.

  4. Tajuk dan rangka penulisan mesti mendapat kelulusan pensyarah terlebih dahulu.


B. Format Penulisan Laporan

  • Fon:

    • Arial, saiz 11; atau
    • Times New Roman, saiz 12
  • Jarak baris: 1.15

  • Tugasan hendaklah dijilid secara mudah (binding tape memadai) dan disusun dengan kemas.

  • Panjang laporan:

    • Individu: sekitar 15 halaman
    • Berkumpulan: minimum 30 halaman (lebih panjang jika relevan adalah digalakkan).

C. Isi Kandungan

  • Pastikan isi yang dibincangkan sangat relevan dengan tajuk.
  • Susunkan isi mengikut kategori dan letakkan dalam bab yang bersesuaian.

D. Laras Bahasa

  • Gunakan bahasa akademik yang ringkas, tepat dan padat (short and precise).

  • Elakkan penggunaan perkataan atau gaya bahasa popular seperti:

    • saya
    • kita
    • lah
    • kah
    • tanda soal (?) yang tidak sesuai dalam penulisan akademik.
  • Penggunaan perkataan seperti saya, kami, penulis, atau pengkaji hanya sesuai bagi kajian yang menggunakan kaedah penyertaan atau pemerhatian.

  • Pastikan laras bahasa konsisten sepanjang laporan.

  • Elakkan amalan copy and paste yang menyebabkan ketidakselarasan gaya penulisan.


E. Ejaan

  • Pastikan tiada kesalahan ejaan.
  • Semua perkataan selain bahasa Melayu hendaklah diitalikkan.
  • Petikan langsung melebihi tiga baris hendaklah ditulis sebagai blok petikan (indented quotation).
  • Gunakan satu artikel jurnal atau tesis sebagai panduan gaya penulisan.

F. Struktur Penulisan

  • Setiap perenggan hendaklah mempunyai struktur berikut:

    1. Ayat pertama sebagai idea utama (main point).
    2. Diikuti dengan huraian.
    3. Disokong oleh contoh.
  • Panjang ideal setiap perenggan ialah sekitar 7–8 baris, dengan kira-kira tiga perenggan bagi setiap halaman.

  • Susun penulisan mengikut tema utama dan subtema.

  • Pecahkan perbincangan kepada beberapa lapisan analisis.

Contoh:

  • Faktor

    • Faktor Luaran

      • Kawan
      • Keluarga
      • Persekitaran
    • Faktor Dalaman

      • Sistem kepercayaan
      • Psikologi

Pendekatan ini menjadikan penulisan lebih bersifat analitis dan akademik.


G. Penulisan Rujukan dan Sitasi

Kaedah Sitasi

  • Gunakan sistem (Pengarang, Tahun).
  • Jangan gunakan footnote atau endnote.
  • Setiap perenggan digalakkan mempunyai sekurang-kurangnya tiga sitasi.

Perkara yang Wajib Disitasi

  • Fakta (nama individu, organisasi dan sebagainya)
  • Data atau statistik
  • Petikan
  • Kenyataan penting atau hujah yang kuat

Keperluan Tambahan

  • Setiap sitasi dalam teks mesti mempunyai maklumat lengkap dalam Senarai Rujukan.
  • Elakkan menggunakan sitasi yang sama secara berturutan.
  • Semua tugasan wajib menggunakan sekurang-kurangnya lima (5) buah buku atau jurnal sebagai rujukan.
  • Senarai rujukan hendaklah disusun mengikut abjad nama pengarang (alphabetical order) dengan format yang konsisten.

H. Contoh Penulisan Rujukan

Buku

Ting Chew Peh. (1987). Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Pustaka Dimensi.

Bab dalam Buku

Sri Rahayu Ismail, Haslinda Abdullah & Zaid Ahmad. (2003). Dimensi Psikologi Dalam Hubungan Kaum di Malaysia. Dalam Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad (pnyt.), Inter Ethnic Relations (hlm. 9–17). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Majalah / Akhbar

Kamaruddin M. Said. (1992). Perlembagaan dan Pembinaan Bangsa Malaysia: Satu Pandangan Sosiologi. Dewan Budaya, Mei, 33–37.

Jurnal

Camroux, D. (1996). State Response to Islamic Resurgence in Malaysia. Asian Survey, 36(9), 852–868.

Hashim Fauzy Yaacob. (2004). Globalisasi dan Kesan Negatif ke Atas Budaya. Pemikir, April–Jun, 1–29.

Internet

Kementerian Luar Negeri. (2004). Malaysia's Foreign Policy. Diperoleh daripada http://www.kln.gov.my/english/foreignaffairs/foreignpolicy/myforeign.htm (diakses pada 2 Mei 2004).

Stewart, I. (2000). Singapore Fires Another in Meritocracy Row. South China Morning Post. Diperoleh daripada http://www.singapore.window.org (diakses pada 5 September 2002).


I. Mengelakkan Plagiarisme

  • Patuhi kaedah penulisan ilmiah dari segi struktur dan format.
  • Parafrasa setiap idea yang diambil daripada sumber rujukan menggunakan laras bahasa sendiri.
  • Pastikan setiap fakta atau idea mempunyai sitasi yang sesuai.
  • Gunakan kaedah snowballing untuk mendapatkan lebih banyak sumber rujukan.
  • Ikuti struktur penulisan yang telah diberikan dalam panduan.
  • Bagi tugasan berkumpulan, bincangkan pembahagian topik atau tema terlebih dahulu.
  • Setiap ahli perlu menghasilkan penulisan masing-masing supaya tugasan berkumpulan benar-benar mencerminkan sumbangan individu.

3. TUGASAN 2 (30%): Kajian Kes

a) Setiap kumpulan perlu melakukan tugasan sendiri, tiada lagi gabungan dua kumpulan
b) Lihat contoh laporan yang diberikan di UKMFolio
c) Mengikut format yang disediakan
d) Dimuat naik di UKMFolio dalam format Words dan Pdf oleh setiap ahli

LAPORAN - Laporan 1 (10%) + Laporan 2 (20% + 10%)
Tanggungjawab Sosial & Kerja Berpasukan (20%)

  1. Rasional terhadap pelbagai budaya
  2. Sumbangan kepada masyarakat
  3. Membina Hubungan Baik
  4. Menghormati & menerima pendapat
Komunikasi Bertulis (10%)

Komunikasi Lisan (10%)

1.     Idea baru
2.     Kejelasan penulisan
3.     Kesinambungan dalam penulisan
4.     Sistematik
1.     Kejelasan idea
2.     Keberkesanan dan artikulasi idea
3.     Kesesuaian penyampaian
4.     Menjawab dengan baik
Protected block
Overview - Draft Report

2. Peta Minda

  • Menggunakan aplikasi Coggle.
  • Berdasarkan slaid PowerPoint Kandungan Kursus dan nota penuh yang disediakan oleh ahli kumpulan.
  • Ringkas, padat, serta menggunakan kata kunci yang jelas dan bersesuaian.
  • Disalin ke dalam PowerPoint untuk dikongsi bersama rakan sekelas.

3. Soalan Objektif (MCQ)

Sediakan 10 soalan MCQ dengan pilihan jawapan A–E.

Keperluan

  • Berdasarkan slaid PowerPoint Kandungan Kursus dan nota penuh yang disediakan oleh ahli kumpulan.
  • Soalan hendaklah berada pada tahap analisis atau aplikasi berdasarkan Taksonomi Bloom.

Bentuk Soalan

Gunakan satu atau lebih pendekatan berikut:

  • Menggunakan perkataan "PALING" (semua pilihan jawapan adalah benar, tetapi hanya satu yang paling tepat).
  • Menggunakan pilihan Roman (I, II, III, IV dan V).
  • Menggunakan situasi (ringkas, sebenar atau rekaan).
  • Menggunakan gambar atau petikan ringkas seperti akhbar, pantun, syair dan sebagainya.

Penjelasan Jawapan

  • Berikan penjelasan bagi setiap pilihan jawapan, sama ada BENAR atau SALAH.

C. Panduan Tambahan

  • Rujuk contoh laporan yang disediakan di UKMFolio.
  • Ikuti format yang telah ditetapkan.
  • Muat naik tugasan ke UKMFolio dalam format Microsoft Word (.docx) dan PDF (.pdf) oleh setiap ahli kumpulan.

4. PEMBENTANGAN 2 (15%): Berdasarkan Laporan Kajian Kes

a) Setiap kumpulan perlu melakukan tugasan sendiri, tiada lagi gabungan dua kumpulan
b) Video dokumentari (7-10 min)
c) Kreativiti sangat dituntut dalam pembinaan video dokumentari
d) Perlu memasukkan elemen Audio dan Visual yang menarik
e) Semua ahli kumpulan terlibat
f) Bersedia dengan soal jawab
g) 30 minit
h) Link video dimuat naik di UKMFolio dalam format Words dan Pdf oleh setiap ahli
i) MC perkenalkan ahli kumpulan & tajuk pembentangan, mainkan video, ringkasan tajuk, dan soal jawab

Tugasan 2

  1. Setiap kumpulan perlu memilih satu isu hak asasi manusia di Malaysia yang praktikal dan dekat dengan realiti semasa pelajar
  2. Kepanjangan Laporan Akademik (siap dengan sitasi dan rujukan) sekitar 35-40 halaman
  3. Format Laporan, dibahagikan kepada 5 Bab:
    • Bab 1: Pengenalan, Latar Belakang, Kepentingan Isu yang dipilih
    • Bab 2: Elemen Perlembagaan dan Undang-undang berkaitan Isu berkenaan, serta perbandingan dengan UDHR
    • Bab 3: Deskripsi 3 atau 4 kes sebenar berkaitan dengan Isu berkenaan
    • Bab 4: Analisis Kes tersebut
    • Bab 5: Cadangan dan Kesimpulan
    • Rujukan

Pembentangan 2

  1. Setiap kumpulan perlu menyediakan satu Video Dokumentari berkaitan Isu masing-masing (siap dengan audio, grafik dan sari kata)
  2. Durasi Video 7-10 minit sahaja
  3. Setiap kumpulan akan diperuntukkan sekitar 20 minit sahaja bagi setiap pembentangan
  4. Setiap kumpulan perlu bersedia dengan sesi soal jawab
  5. Pembentangan akan dibuat semasa Kuliah 5 / 6 (29 Ogos / 6 September 2026)

Ujian

  1. Bersifat MCQ
  2. Meliputi semua Topik dan Isu berkaitan
  3. Akan diadakan secara dalam talian semasa Kuliah 7 (12 September 2026)

Mind Map tree

Falsafah Hak Asasi Manusia

  1. Definasi Hak Asasi Manusia
  • apa yang dimiliki
  • kelayakan untuk melakukan sesuatu perkara
  1. Linguistik
  • makna dan kesan yang besar
  • pemilihan perkataan
  1. Sarjana
  • universal dan linguistik
  • prinsip modal dan etika
  1. Timur
    solidariti kommuniti, tanggungjawab sosial dan masyarakat harmoni
  1. Barat
    keadilan, kesetaraan & kebebasan
3.1 Kesetaraan Martabat.png
3.1 Kesetaraan Martabat - analogy.png
Pasted image 20260816091503.png
3.2 Perlindungan Hukum.png
3.2 Perlindungan Hukum - analogy.png
3.3 Kebebasan Hak asasi manusia.png
3.3 Kebebasan Hak asasi manusia - gambaran.png
3.4 Sosial Ekonomi budaya.png
3.4 Sosial Ekonomi budaya - contoh.png
3.4 Sosial Ekonomi budaya - analogy.png
Ringkasan Prinsip Hak Asasi.png
Pasted image 20260816091351.png
LMCR2152 - Infografik Tajuk 1.png
Pasted image 20260816092427.png